Monday, April 5, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

MUGSHOT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Upm, Serdang.

Nota: Mugshot merupakan satu gambar atau foto yang diambil dari jarak yang dekat. Mugshot ini hanya memfokuskan daripada bahagian paras bahu sehingga kepala. Mugshot ini dilakukan untuk mempamerkan raut wajah seseorang yang diambil itu secara jelas dan terperinci.

Model: Normalisa Shuhada Binti Mustaffa

1. Gembira


    Gambar di atas menunjukkan reaksi gembira. Gambar pertama menunjukkan reaksi gembira apabila berjumpa dengan orang yang dikenali. Gambar kedua pula adalah gembira apabila mendapat keputusan peperiksaan. Seterusnya, gambar yang ketiga ialah reaksi gembira ketika mendapat wang. Gambar keempat menunjukkan reaksi gembira apabila mengambil gambar atau swafoto. Selain itu, gambar kelima menunjukkan riak wajah yang bahagia apabila mendapt makanan yang disukainya. Akhirnya, wajah gembira apabila mendapat khabar berita bahawa kuliah dibatalkan. 


2. Sedih


    Emosi di dalam gambar di atas ialah emosi. Gambar pertama  menunjukkan emosi sedih apabila mendapat banyak tugasan manakala gambar kedua pula sedih akibat mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan. Seterusnya, gambar ketiga pula akibat menyesal selepas membuat sesuatu perkara. Gambar keempat pula ialah sedih kerana tidak mendapat membeli apa yang diingini. Selain itu, gambar kelima merupakan riak wajah sedih kerana putus cinta dan akhirnya gambar keenam menunjukkan sedih disebabkan adanya notis kelas ganti.


3. Takut


    Emosi di dalam gambar di atas ialah takut. Gambar pertama  menunjukkan emosi takut hantu manakala gambar kedua pula riak takut ketika ingin membuka keputusan peperiksaan. Seterusnya, gambar ketiga pula takut jika tiba-tiba pensyarah akan memanggil nama. Gambar keempat adalah menunjukkan reaksi ketakutan apabila melihat katak. Selain itu, gambar kelima menggambarkan keadaan takut jika ibu memanggil kita dengan nada marah dan akhirnya gambar keenam menunjukkan riak takut apabila pensyarah marah.

4.Geram


    Riak emosi yang seterusnya adalah geram. Gambar pertama menunjukkan riak geram dengan gangguan orang. Gambar kedua pula adalah riak geram akibat rangkaian internet perlahan. Gambar ketiga pula adalah riak geram akibat tidak puas hati makanan yang dipesan tidak sedap. Seterusnya, gambar keempat menunjukkan riak geram disebabkan seseorang menggangu ketika sedang tidur. Gambar kelima pula adalah riak wajak geram apabila keadaan sekeliling menjadi bising. Gambar yang terakhir menunjukkan riak wajah geram jika kalah dalam suatu permainan.

5. Marah



    Riak emosi yang seterusnya adalah marah. Gambar menunjukkan riak wajah yang marah akibat barang hilang. Gambar kedua pula adalah marah disebabkan adik kacau ketika melakukan sesuatu perkara penting. Gambar ketiga pula adalah disebabkan oleh barang dirosakkan oleh seseorang. Gambar yang seterusnya iaitu gambar yang keempat memperlihatkan wajah marah apabila mendengar seseorang mengutuk. Gambar kelima pula ialah marah akibat tidak dapat melakukan sesuatu perkara tersebut dengan sempurna manakala gambar yang terakhir menunjukkan riak wajah yang marah akibat menyampah dengan seseorang yang tidak disukainya.



6. Terkejut


    Riak emosi yang seterusnya adalah terkejut. Gambar menunjukkan riak terkejut apabila mendapat hadiah. Gambar kedua pula adalah terkejut ketika melihat keputusan peperiksaan. Gambar ketiga pula adalah terkejut jika menjadi pemenang sesuatu pertandingan dan mendapat habuan seperti wang. Gambar yang seterusnya iaitu gambar yang keempat menggambarkan terkejut apabila melihat katak. Gambar kelima pula ialah riak terkejut akibat pensyarah tiba-tiba memanggil nama dan disuruhnya menjawab soalan manakala gambar yang terakhir menunjukkan riak wajah yang terkejut jika kawan memanggil memberi kejutan.


7. Ketawa



    Gambar di atas menunjukkan reaksi ketawa. Gambar 1 menunjukkan reaksi ketawa apabila ternampat kawan terjatuh. Gambar kedua pula adalah reaksi ketawa terbahak-bahak. Seterusnya, gambar yang ketiga ialah reaksi keatwa apabila mendengar orang membuat lawak. Gambar keempat pula menunjukkan ketawa yang tidak ikhlas. Selain itu, gambar kelima menunjukkan wajah ketawa yang biasa sahaja. Akhirnya, gambar keenam merupakan riak wajah ketawa yang sinis. 



KEDUDUKAN KEHADIRAN GAMBAR SELFIE DENGAN BUKU 







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Setiap tugasan yang dijalankan sepanjang 14 minggu telah disertakan pautan di bawah: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN AN...