Wednesday, March 31, 2021

PERCUTIAN DI PULAU REDANG

 

SOULMATES







BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ELEMEN ASAS GRAFIK

 

MUDAH

Ø  Mudah boleh dikatakan seseorang itu dapat melihat gambar dengan jelas dan mudah difahami apa mesej yang ingin diterangkan.

 

WARNA

Ø  Di dalam gambar tersebut haruslah mempunyai elemen warna yang betul. Hal ini kerana elemen warna ini bertujuan untuk menfokuskan kepada objek yang ingin disampaikan.

Ø  Selain itu, elemen warna di dalam setiap gambar haruslah tidak lebih daripada tiga warna.

 

TEKS

Ø  Jenis dan saiz font amat penting. Supaya mesej yang ingin disampaikan itu dapat dibaca dengan jelas oleh pembaca.

 

KESESUAIAN

Ø  Bagi elemen kesesuaian pula, gambar atau grafik haruslah bersesuaian dengan sesuatu latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak dan lain-lain.

Ø  Contohnya gambar seorang gadis yang berada di pesisiran pantai. Dia merenung jauh ke arah lautan.

Ø  Mesej yang  kita dapat daripada grafik tersebut ialah ketenangan.

 

KESEIMBANGAN

Ø  Keseimbangan ruang di dalam grafik juga amat ditekankan juga.

Ø  Contohnya ruang di sisi kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah haruslah sama.

Ø  Hal ini penting kerana untuk mendapat grafik yang baik.

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Upm, Serdang.





BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA- ANDAIAN

1.       Intuisi

2.       Konteks

·         Penerimaan / Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

 

EMOSI

1.       Positif

2.       Negatif

3.       Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA

1.       Diri

2.       Masyarakat

3.       Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

1.       Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.       Formal/tidak formal

3.       Kesalahan bahasa

4.       Linguistik

 

INFERENS

1.       Rumusan keseluruhan

2.       Rumusan topik perbincangan

3.       Penutup kaca

 

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Umt, Kuala Nerus.

 

PRA-ANDAIAN

                Pra-andaian ini merupakan sesuatu perkara yang kita memikirkan dahulu sebelum ingin membuat sesuatu andaian atau tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi mempunyai persamaan maksud dengan gerak hati iaitu dorongan hati. Hal ini juga boleh dikatakan seperti daya untuk memahami atau untuk mengetahui sesuatu tanpa berfikir dan tanpa belajar. Konteks pula mempunyai beberapa aspek yang telah dikaji seperti penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

                Emosi boleh didefinisikan sebagai sesuatu perasaan yang kompleks dan getaran jiwa yang menyertai atau munculnya sebelum dan selepas terjadinya sesuatu perkara. Emosi ini dibahagikan kepada tiga iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Contohnya, jika kita mendapat sesuatu berita gembira atau kita dapat melunaskan sesuatu perkara dengan baik, maka emosi positif akan muncul. Manakala bagi emosi negatif sebaliknya. Emosi ini dapat dilihat melalui personaliti seseorang, perangai, perasaan dan motivasi dari dalam diri atau dari luar.

 

NILAI DAN BUDAYA

                Nilai dan budaya pula dapat dikaji daripada aspek diri, masyarakat dan adat. Antara nilai-nilainya adalah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhaan, berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan, rasional.

 

BAHASA

                Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Bahasa pertama/kedua/ketiga telah menjadi fokus kajian.  Seterusnya, bahasa juga terbahagi kepada dua bahagia iaitu bahasa formal atau bahasa tidak formal. Bahasa formal kebanyakkannya digunakan dalam majlis rasmi seperti persidangan mahkamah, persekolahan dan lain-lain. Selain itu, surat rasmi turut juga menggunanakan bahasa formal. Di samping itu, kesalahan bahasa dan aspek linguistik turut dikaji supaya bahasa yang digunakan tersebut mempunyai tatabahasa yang betul dan sekali gus mempunyai koheren dan kohesi.

 

INFERENS

                Inferens boleh dikatakan sebagai kesimpulan awal. Oleh itu, inferens ini juga mempunyai beberapa bahagian. Antaranya ialah rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kaca. Semua bahagian ini amat penting. Hal ini dikatakan demikian bertujuan untuk mempunyai huraian atau pengisian yang jelas.          


SEKIAN, TERIMA KASIH.

 


 


Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 

Watak

Latar masa

Latar tempat

Latar masyarakat

Emosi positif

Emosi negatif

·         Alim

 

·         Ibu bapa Alim

 

 

·         Abang Imran

 

·         Kak Madinah

 

 

·         Aisyah

 

·         Nenek dan Datuk

30 minit perjalanan

 

(Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.)

 

 

Di kampung

 

Reban ayam lama

 

Ruang tamu di dalam rumah

keluarga

Gembira

 

(Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung.)

 

Tersenyum

 

(Alim tersenyum melihat ayam dan itik.)

 

Ketawa

 

(Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.)

Sedih, marah, menangis

 

(Alim sedih. Alim marah.alim menangis. Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung.)

 

Sedih

 

( Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim  hari ini.)




Rujukan:  Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Umt, Kuala Nerus.



Pada hari ini, saya mempunyai kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa pada pukul 8 pagi. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat dapat memasuki kuliah tersebut akibat rangkaian internet di kawasan saya sangat perlahan tetapi saya dapat mendengar kuliah tersebut dengan menghubungi rakan sekelas. Oleh itu, dibawah merupakan bukti kehadiran saya:

Tugasan dua 







                                                         
 

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Tanjung Pinang banyak kelokan,

    Masih kecil tulangnya rawan.

Alangkah senang bisa berkenalan,

    Banyak saudara banyaklah kawan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera💞

    Nama saya Normalisa Shuhada Bt Mustaffa dan merupakan  pelajar kursus BBM3410. Nombor matrik saya ialah 203309. Saya tinggal di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu. Selain itu, saya juga merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. 4 orang perempuan dan seorang lelaki.
    Seterusnya, impian saya untuk melancong ke luar negara untuk melihat pemandangan nature yang cantik seperti di Switzerland. Hal ini kerana di situ mempunyai tempat-tempat pelancongan yang sangat menarik.Ohh yee, tidak lupa juga saya juga merupakan peminat lagu dan drama korea. 
    Selain itu, setiap kali cuti hujung minggu atau cuti sem, saya dan rakan-rakan selalu membuat food hunting di mana-mana kawasan yang popular. Jika ada tempat yang awak semua tahu yang mempunyai makanan yang sedap. Komen la dekat bawah.Kita boleh  borak-borak hehehehe.😁 


    



         


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Setiap tugasan yang dijalankan sepanjang 14 minggu telah disertakan pautan di bawah: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN AN...