Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ELEMEN ASAS GRAFIK

 

MUDAH

Ø  Mudah boleh dikatakan seseorang itu dapat melihat gambar dengan jelas dan mudah difahami apa mesej yang ingin diterangkan.

 

WARNA

Ø  Di dalam gambar tersebut haruslah mempunyai elemen warna yang betul. Hal ini kerana elemen warna ini bertujuan untuk menfokuskan kepada objek yang ingin disampaikan.

Ø  Selain itu, elemen warna di dalam setiap gambar haruslah tidak lebih daripada tiga warna.

 

TEKS

Ø  Jenis dan saiz font amat penting. Supaya mesej yang ingin disampaikan itu dapat dibaca dengan jelas oleh pembaca.

 

KESESUAIAN

Ø  Bagi elemen kesesuaian pula, gambar atau grafik haruslah bersesuaian dengan sesuatu latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak dan lain-lain.

Ø  Contohnya gambar seorang gadis yang berada di pesisiran pantai. Dia merenung jauh ke arah lautan.

Ø  Mesej yang  kita dapat daripada grafik tersebut ialah ketenangan.

 

KESEIMBANGAN

Ø  Keseimbangan ruang di dalam grafik juga amat ditekankan juga.

Ø  Contohnya ruang di sisi kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah haruslah sama.

Ø  Hal ini penting kerana untuk mendapat grafik yang baik.

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Upm, Serdang.





1 comment:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Setiap tugasan yang dijalankan sepanjang 14 minggu telah disertakan pautan di bawah: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN AN...