Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA- ANDAIAN

1.       Intuisi

2.       Konteks

·         Penerimaan / Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

 

EMOSI

1.       Positif

2.       Negatif

3.       Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA

1.       Diri

2.       Masyarakat

3.       Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

1.       Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.       Formal/tidak formal

3.       Kesalahan bahasa

4.       Linguistik

 

INFERENS

1.       Rumusan keseluruhan

2.       Rumusan topik perbincangan

3.       Penutup kaca

 

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Umt, Kuala Nerus.

 

PRA-ANDAIAN

                Pra-andaian ini merupakan sesuatu perkara yang kita memikirkan dahulu sebelum ingin membuat sesuatu andaian atau tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi mempunyai persamaan maksud dengan gerak hati iaitu dorongan hati. Hal ini juga boleh dikatakan seperti daya untuk memahami atau untuk mengetahui sesuatu tanpa berfikir dan tanpa belajar. Konteks pula mempunyai beberapa aspek yang telah dikaji seperti penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

                Emosi boleh didefinisikan sebagai sesuatu perasaan yang kompleks dan getaran jiwa yang menyertai atau munculnya sebelum dan selepas terjadinya sesuatu perkara. Emosi ini dibahagikan kepada tiga iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Contohnya, jika kita mendapat sesuatu berita gembira atau kita dapat melunaskan sesuatu perkara dengan baik, maka emosi positif akan muncul. Manakala bagi emosi negatif sebaliknya. Emosi ini dapat dilihat melalui personaliti seseorang, perangai, perasaan dan motivasi dari dalam diri atau dari luar.

 

NILAI DAN BUDAYA

                Nilai dan budaya pula dapat dikaji daripada aspek diri, masyarakat dan adat. Antara nilai-nilainya adalah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhaan, berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan, rasional.

 

BAHASA

                Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Bahasa pertama/kedua/ketiga telah menjadi fokus kajian.  Seterusnya, bahasa juga terbahagi kepada dua bahagia iaitu bahasa formal atau bahasa tidak formal. Bahasa formal kebanyakkannya digunakan dalam majlis rasmi seperti persidangan mahkamah, persekolahan dan lain-lain. Selain itu, surat rasmi turut juga menggunanakan bahasa formal. Di samping itu, kesalahan bahasa dan aspek linguistik turut dikaji supaya bahasa yang digunakan tersebut mempunyai tatabahasa yang betul dan sekali gus mempunyai koheren dan kohesi.

 

INFERENS

                Inferens boleh dikatakan sebagai kesimpulan awal. Oleh itu, inferens ini juga mempunyai beberapa bahagian. Antaranya ialah rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kaca. Semua bahagian ini amat penting. Hal ini dikatakan demikian bertujuan untuk mempunyai huraian atau pengisian yang jelas.          


SEKIAN, TERIMA KASIH.

 


 


5 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Setiap tugasan yang dijalankan sepanjang 14 minggu telah disertakan pautan di bawah: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN AN...