Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Umt, Kuala Nerus


    Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim pergi ke pasar tani dan dia membawa pulang buah-buahan yang dibeli itu anakknya. Antara buah yang dibelinya adalah buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Hal ini kerana bapa Alim mengetahui bahawa anak-anak kesayangannya amat menggemari buah-buahan tempatan.

Abang Imran menanyakan bapanya dimanakah dia membeli buah tersebut lalu bapanya pun menjawab bahawa dia membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Selepas itu, bapanya menyuruh dia memanggil keluarga ibu, Madinah, Alim dan Aisyah. Ibu dan adik beradiknya yang lain berlari menghampirinya. Aisyah berlari ke arah plastik yang berisi buah manggis tersebut. Hal ini kerana dia amat menyukai buah itu. Selain itu, Madinah pula melompat-lompat menandakan dia sangat bahagia melihat banyak buah-buahan kesukaannya yang dibeli oleh bapanya itu manakala Alim cuma berdiam kerana dia terkejut kerana melihat buah-buahan tempatan yang dia ingini berada di depan matanya.

Tidak lama kemudian, ibu berbunyi. Hal ini dikatakan demikian kerana dia ingin memberitahu bahawa dia telah menyediakan bakul sampah untuk sisa-sisa makanan itu sekali gus dia juga memberi larangan agar jangan membuang sampah merata-rata. Hal ini kerana untuk mengelakkan rumah menjadi kotor dan bersepah.

Seterusnya, ketika keluarga tersebut sedang menikmati buah-buahan tempatan itu, Alim pun mencelah. Dia ingin meminta izin kepada ibunya untuk mengongsi buah tempata itu dengan kawannya iaitu Sulaiman. Hal ini disebabkan oleh dia teringat akan pesanan daripada keduu-dua ibu bapanya itu bahawa berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Selepas terdengar permintaan Alim itu, ibu bapanya tersenyum dan berbangga dengan sifat anaknya itu. Ibu terus memberi pujian kepada Alim sambil membungkus beberapa buah-buahan tempatan itu ke dalam plastik untuk diberi kepada Sulaiman.

Ibu menyerahkan plastik yang berisi buah tersebut kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim mengambil dan terus pergi ke tempat yang diberitahu oleh ibunya tadi yang mengatakan bahawa Sulaiman berada di rumahnya yang sedang menyiram pokok.

                Selepas berjumpa dengan Sulaiman, Alim terus memberi salam dan menyerahkan plastik yang berisi buah tersebut. Sulaiman terkejut dengan kehadiran Alim. Sulaiman berasa bahagia dan dia tersenyum dengan kebaikkan kawannya itu. Seterusnya, Sulaiman terus mengucapkan terima kasih kepada Alim tentang pemberian tersebut. Alim kembali pulang ke rumahnya dan terus menuju ke arah keluarganya yang masih menikmati buah-buahan itu dengan riak wajahnya yang berpuas hati. Hal ini kerana dia mengetahui bahawa Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah tidak akan segan silu untuk berkongsi makanan dengannya.

                Selepas selesai makan, Alim menolong ahli keluarganya yang untuk mengemas rumah. Ketika Alim membawa plastik sampah yang berisi kulit buah-buahan itu, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim atas buah-buahan tadi dan dia juga berterima kasih kerana sudi berkawan dengan Sulaiman. Hal ini kerana anaknya itu suka berkawan dengan Alim. Alim tersenyum riang dan mengatakan bahawa dia juga suka berkawan dengan Sulaiman. Selepas selesai sesi bersapa, Mak Cik Timah melihat Alim pulang ke rumah sekali gus dia mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim dan keluarganya itu. Hal ini kerana semua ahli keluarga Alim mempunyai personaliti yang sangat baik.











No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Setiap tugasan yang dijalankan sepanjang 14 minggu telah disertakan pautan di bawah: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN AN...