Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada anda beberapa ilmu pengetahuan tentang bahasa isyarat.
dikreditkan oleh : dewan bahasa dan pustaka malaysia
Berdasarkan video di atas, pengisian yang saya dapati ialah mempelajari bahasa isyarat ini amat penting dalam kehidupan kita. Penggunaan bahasa isyarat amat mudah digunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan satu pergerakan sahaja boleh menyampaikan sesuatu makna perkataan atau ayat. Seterusnya, masyarakat haruslah mempelajari bahasa isyarat walaupun hanya sekadar asas. Dengan mempelajari bahasa ini, kita dapat berkomunikasi dengan orang-orang yang istimewa atau dikenali sebagai orang kurang upaya. Ia juga dapat sedikit sebanyak membantu untuk memudahkan bagi orang seperti mereka tersebut dan mereka akan tidak malu atau berasa terpinggir untuk keluar bergaul di tepi tumpuan ramai. Alangkah indahnya, jika masyarakat kita dapat bergaul antara satu sama lain kerana saling memahami antara satu sama lain tanpa mengira sifat seseorang tersebut. Oleh itu, bahasa isyarat merupakan salah satu subjek pelajaran yang wajib dipelajari seperti subjek bahasa-bahasa wajib yang lain.
Bukti Kehadiran:
No comments:
Post a Comment